Sendirian di Rumah
RM 13.50
Terkunci di Dalam Bilik
Faiz dan sepupunya Rizal sedang bermain di dalam bilik. Apabila kakak Faiz, Fatin memanggil mereka untuk makan, Rizal mendapati pintu bilik terkunci. Mereka mencuba pelbagai cara untuk membuka pintu tetapi tidak berjaya. Ibu bapa mereka pula tidak ada di rumah. Fatin hanya dapat memberikan makanan kepada mereka melalui tingkap bilik dan menasihati mereka supaya bertenang dan tidak menangis. Bagaimanakah mereka menghadapi masalah ini?
RM13.50
RM13.50
Terluka ketika Bermain
Sewaktu Fatin, Faiz, dan Rizal bermain kapal di kolam, Rizal tergelincir lalu jatuh ke kolam itu. Lutunya terluka dan dia tidak boleh berjalan, Fatin membantu Rizal mendapatkan pertolongan cemas. DIa juga memberitahu ibu Rizal tentang kejadian tersebut walaupun Rizal takut ibunya akan marah. Apakah tindakan Fatin itu betul?
RM13.50
RM13.50
Mencegah Penculikan
Pak Cik Armin, adik kepada ayah Fatin dan Faiz, merupakan seorang pegawai polis. Ketika dia berkunjung ke rumah Fatin dan Faiz, dia menasihati mereka supaya berhati-hati walau di manapun mereka berada kerana kejadian penculikan kanak-kanak sering berlaku. Pak Cik Armin memberikan beberapa panduan untuk melindungi diri daripada diculik. Fatin dan Faiz sudah faham bagaimana untuk bertindak jika berhadapan dengan situasi begitu.
RM13.50
Terlupa Jalan Pulang
Ketika berbasikal,Rizal mengajak Faiz ke taman yangjauh dari rumahnya. Faiz teringat akan larangan ibu Rizal. Mereka tidak dibenarkan bermain jauh dari rumah. Namun, Rizal sudah berada jauh di hadapan. Rizal degil dan tetap mahu ke taman tetapi kemudiannya barulah mereka sedar bahawa mereka telah sesat. Lebih mencemaskan, mereka berdua tidak tahu jalan pulang ke rumah. Apakah yang dilakukan mereka? Dapatkah mereka pulang?
RM13.50
Selamat di Jalan RayaRM13.50
Ibu Fatin sedang membuat kek tetapi dia kekurangan telur. Fatin menawarkan diri untuk ke pasar mini di seberang jalan. Fatin meyakinkan ibunya bahawa dia akan selamat kerana ayah pernah mengajarnya cara-cara melintas jalan dengan selamat. Secara kebetulan, Fatin bertemu rakannya, Aqilah semasa dalam perjalanan ke pasar mini. Adakah Fatin mematuhi panduan keselamatan di jalan raya yang diajar ayahnya?
RM13.50
RM13.50
Fatin dan Faiz terpaksa pulang ke rumah menaiki bas dari sekolah. Ibu tidak dapat menjemput mereka kerana dia kurang sihat. Mereka perlu berhati-hati. Fatin banyak mempunyai pengetahuan tentang keselamatan dan dia banyak mememberikan panduan kepada adiknya supaya mereka selamat sampai ke rumah. Tetapi, seorang lelaki mengekori mereka. Siapakah lelaki itu? Dapatkah Fatin dan Faiz pulang ke rumah dengan selamat?
RM13.50
RM13.50
Mencegah Buli
Rakan sekelas Fatin, Alisya, telah dibuli oleh seorang murid tahun tiga, Cikgu Dina menjelaskan tentang buli kepada murid-murid. Beliau memberitahu murid-muridnya tentang perilaku buli, cara-cara untuk menghindarnya dan tindakan yang perlu dilakukan jika melihat orang lain dibuli. Murid-murid mendapat pengetahuan tentang buli dan berazam untuk mencegah buli terhadap rakan-rakan yang lain.
RM13.50
RM13.50