Tuesday, 10 May 2011

Tip Hari Ini - Keselamatan Alat Permainan Kanak-Kanak


Pemilihan alat permainan tidak harus dipandang ringan. Walaupun alat permainan sepatutnya menyeronok dan menghiburkan, tidak semua dimainkan sebagaimana tujuan alat mainan itu dicipta.

Kanak-kanak belajar mengendalikan sesuatu objek dan meneka fungsinya sedari kecil. Ini antara sebab mengapa keselamatan dan kesesuaian alat permainan itu penting. Pilihan alat permainan harus sesuai umur kanak-kanak juga tingkat perkembangan dan bakat mereka. Keadaan fizikal, sosial dan pendidikannya juga harus diambil kira dalam hal ini.

Kemalangan ketika bermain alat mainan sering disebabkan tiga punca utama:
  1. Penyalahgunaan, seperti apabila blok kayu dilontarkan kepada seseorang.
  2. Tidak sesuai, seperti apabila set bahan kimia diberikan kepada anak berusia enam tahun atau guli diberikan kepada anak berusia tiga tahun.
  3. Barangan tidak selamat iaitu mainan kayu yang berselumbar atau anak patung yang pinnya terkeluar.
Dengan mengetahui bagaimana kemalangan berlaku, ibu bapa boleh membantu mengelak kemalangan dengan memilih alat permainan yang dapat menjauhkan kanak-kanak daripada ditimpa kemalangan.

Beg plastik yang selalu ditinggalkan berselerak di merata rumah dan sering dianggap tidak mendatangkan masalah, boleh melemaskan kanak-kanak jika mereka menyarungnya pada kepala dan muka.

Ibu bapa harus menilai barang mainan yang dibeli untuk anak-anak. Alat permainan adalah kemestian dan kanak-kanak banyak belajar melaluinya tetapi ia tidak perlu menggugat keselamatan dan kesihatan mereka.

Petua mengelakkan pembelian alat permainan berbahaya :
 


  1. Bahaya Tercekik
    • Elakkan daripada membeli alat permainan kanak-kanak yang mempunyai bahagian-bahagian yang kecil. Bahagian seperti hidung dan mata pada anak patung adalah lebih baik dijahit daripada digam. Baca dan fahami label pada bungkusan.
    • Jangan sekali-kali memberi kanakkanak, yang berumur kurang daripada enam tahun, permainan seperti bola atau belon kecil.
    • Pastikan diameter bola untuk kanak-kanak tersebut adalah lebih daripada 4.5cm.
    • Jangan memberikan belon yang dibuat daripada lateks. Belon diperbuat daripada mylar adalah lebih selamat.
    • Sekiranya alat permainan tersebut mempunyai bateri, pastikan ia tidak mudah dikeluarkan kerana kanak-kanak boleh menelan dan tercekik dengan bateri tersebut.
     


     2. Alat permainan kanak-kanak bermagnet : 
    • Magnet-magnet yang longgar pada alat permainan mempunyai potensi untuk ditelan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang tertelan magnet akan menghadapi bahaya tercekik dan kecederaan pada salur penghadaman.
    • Jauhkan alat permainan yang mempunyai magnet daripada kanak-kanak di bawah enam tahun.



    3. Bunyi

    • Telinga kanak-kanak sangat sensitif kepada bunyi. Jika alat-alat tersebut terlalu bising kepada anda, maka ia juga tidak sesuai untuk anak-anak anda.
    • Tanggalkan / keluarkan bateri atau tutup ‘speaker’ alat permainan tersebut dengan pita pelekat yang selamat.
     



    4.Bahaya mencekik (strangulation):

    • Jangan memberikan sebarang alat permainan yang mempunyai tali lebih daripada 30cm kepada kanakkanak berumur di bawah setahun.
     




    5. Bahan kimia toksik:

    • Beberapa alat permainan atau bahan kosmetik untuk kanakkanak mengandungi bahan kimia bertoksik.
    • Jangan membeli alat permainan yang diperbuat daripada plastic PVC (Poly Vinyl Chloride).  
    • Pilih alat permainan yang dibuat daripada kayu dan kain yang tidak berwarna.
    • Baca label dan elakkan daripada membeli alat-alat kosmetik mainan jika ia mengandungi xylene, toulene ataudibutyl phthalate.
     




    6. Alat permainan yang boleh ditunggang:

    • Alat permainan yang boleh ditunggang seperti skuter atau basikal kecil boleh menjadi sesuatu yang berbahaya. Pastikan anak anda memakai helmet keselamatan.
    • Pastikan permainan tunggangan tersebut dalam keadaan stabil ketika anak anda menaikinya.
    • Pastikan anak-anak anda bermain jauh daripada kawasan berbahaya seperti kolam, tangga dan trafik.
    • Anda hendaklah sedar bahawa basikal yang ditunggangi oleh anak anda boleh bergerak dengan laju dan mempunyai risiko yang tinggi untuk melanggar perkakasan dalam rumah seperti lampu perhiasan dan perabot. Cuba ketepikan perkakasan seperti ini dahulu sebelum membenarkan anak-anak anda bermain.
    • Penggunaan dan penjagaan alat permainan yang betul.
    • Sentiasa menyelia anak anda yang sedang bermain.
    • Setelah mengeluarkan alat permainan daripada kotak pembungkusan. Buangkan kotak tersebut sebelum ia juga menjadi alat permainan yang berbahaya.
    • Sentiasa periksa alat permainan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat bahagian yang rosak, patah atau putus. Baiki alat permainan ini atau membuangnya serta-merta.
    • Semak juga alat permainan supaya tidak berkarat atau terhakis.
    • Berwaspada dengan alat permainan yang perlu dicas dan pastikan ia dicas di bawah penyeliaan orang dewasa.
    • Ajar anak-anak anda untuk menyimpan alat permainan dengan selamat supaya ia tidak rosak atau tidak terpijak atau menyebabkan orang lain jatuh.
    • Kotak untuk menyimpan alat permainan hendaklah mempunyai pembuka yang ringan dan mudah serta mempunyai lubang udara di dalamnya untuk keselamatan.
    • Asingkan alat permainan kanakkanak yang lebih tua dengan kanak-kanak yang lebih muda.
    • Rak permainan boleh digunakan untuk menyimpan alat permainan.
    • Pastikan ia kuat dan tidak mudah jatuh menghempap anak-anak sekiranya mereka memanjat di atas rak untuk mengambil permainan tersebut.




    Sekiranya anda mendapati alat permainan yang dibeli adalah berbahaya, sila hubungi :

    Pertanyaan / aduan tentang alat permainan kanak-kanak
    Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
    Laman web : www.nccc.org.my
    Persatuan Pengguna-Pengguna
    Standard Malaysia (Standards Users)
    Laman web : www.standardsusers.org




    Tips diambil dari:

    0 comments on "Tip Hari Ini - Keselamatan Alat Permainan Kanak-Kanak"

    Post a Comment

     

    SIRI SELAMAT ANAK - ANAK Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez