Monday 16 May 2011

Tip Hari Ini - Petua Keselamatan Utama


Sebagai insan kecil yang tidak berdaya, kanak-kanak bergantung kepada golongan dewasa terutama ibu bapa atau penjaga untuk menghindari mereka daripada bahaya sama ada yang disebabkan oleh manusia atau persekitaran.


Berikut adalah petua keselamatan utama yang perlu anda ketahui.




 
1. Jangan sekali-kali tinggalkan bayi atau kanak-kanak bersendirian atau terkunci di dalam bilik.









2. Simpan semua sabun pembersih, pencuci kotoran dan lain-lain bahan kimia yang berbahaya di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau di dalam almari berkunci.


 





3. Simpan barang kemas, pewangi, tali pinggang, tudung dan tali leher di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak.









 

4. Apabila memasak, sama ada di dapur atau di luar rumah (BBQ, kenduri dan sebagainya), jangan benarkan kanak-kanak berada berdekatan dengan kawasan memasak. Bahan bakar seperti mancis atau lilin perlu disimpan di tempat yang selamat.








5. Pastikan pemasangan wayar elektrik di rumah anda selamat. Jangan bebankan plak elektrik dengan pelbagai peralatan dan pastikan tiada kerosakan pada bahagian luar wayar elektrik.





6. Gunakan penutup soket plak bagi menghalang anak anda dari memasukkan jarinya atau lain-lain benda ke dalamnya.









7. Kesat atau lap sebarang tumpahan di lantai dengan segera untuk mengelakkan daripada tergelincir dan terjatuh.









8. Simpan peti bantuan kecemasan yang lengkap di dalam rumah dan pastikan setiap orang dewasa di dalam rumah tahu dimana letaknya peti ini.


9. Anda digalakkan menggunakan alat pemadam api dan pengesan asap di dalam rumah.







10. Berhenti merokok! Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi ia juga boleh menyebabkan kebakaran.








11. Jangan tinggalkan anak berdekatan air, walaupun kelihatan cetek. Ini termasuk kolah mandi. Ini kerana anak anda mungkin lemas di dalam air sedalam beberapa sentimeter sahaja.




12. Adakan jalan keluar dari rumah jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Beritahu semua ahli keluarga, termasuk kanak-kanak berkenaan tempat berkumpul di luar rumah sekiranya berlaku kebakaran.









13. Simpan semua ubat di dalam kabinet yang berkunci. Jangan beritahu anak bahawa ubat adalah 'gula-gula' dan jangan memakan ubat di depan anak.






Petua diambil dari:
'Panduan Keselamatan Kanak-Kanak untuk Ibu Bapa Malaysia' oleh Persatuan Pediatrik Malaysia.

0 comments on "Tip Hari Ini - Petua Keselamatan Utama"

Post a Comment

 

SIRI SELAMAT ANAK - ANAK Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez